Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terus mencipta kejayaan dengan merangkul Anugerah Gangsa bersempena Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA2022). Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur dan telah diterima oleh Yang Dipertua (YDP) MPJ, YBhg. Datin Sapiah binti Haron. AIGA 2022 adalah merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka. Penerima anugerah boleh menggunakan logo Anugerah AIGA untuk kegunaan publisiti organisasi, syarikat ataupun jabatan sepanjang tahun dari tempoh satu (1) tahun penganugerahan sehingga penanugerahan pada tahun berikutnya. Logo rasmi AIGA boleh digunapakai di bahagian kepala surat (letterhead) atau apa-apa sahaja platform promosi organisasi. Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada MPJ di atas penganugerahan tersebut dan semoga lebih banyak anugerah serta kejayaan yang akan dirangkul oleh MPJ di masa akan datang. #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia








 

Comments

Popular Posts