Skip to main content
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]. Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya merakamkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Datuk Seri Haji Mohd Adib Bin Haji Mohamad Adam, mantan Ketua Menteri Melaka dan Menteri Persekutuan, hari ini. Allahyarham Datuk Seri Haji Mohd Adib merupakan mantan Ketua Menteri Melaka Ke-5 bagi tempoh 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982, selain pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. 🤲🏼 #TokLeman #BagiJadiKasiJadi #KestabilanDemiKemakmuran #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
Comments
Post a Comment