💞💞PROGRAM MPJ PRIHATIN DIHATIKU - SESI PENYERAHAN KIT MAKANAN KEPADA JAPERUN DI DAERAH JASIN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MPJ💞💞 Majlis Perbandaran Jasin tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyampaikan sumbangan kit makanan kepada pihak JAPERUN di daerah Jasin dan Ahli-ahli Majlis MPJ untuk disumbangkan kepada masyarakat yang terjejas semasa pandemik COVID-19 terutamanya di kawasan Pentadbiran MPJ. Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut turut disertai dan disumbangkan oleh Rakan-rakan Strategik seperti:- ✔️ Xinyi Energy Smart (Malaysia) Sdn. Bhd ✔️ Handal Group ✔️ Scientex Height Sdn. Bhd. ✔️ Wawasan Intact Properties Sdn. Bhd. ✔️ Parkland Avenue Sdn. Bhd. ✔️ Asia Selatan Sdn. Bhd MPJ turut mengalu-alukan kerjasama daripada Badan-badan Korporat , Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu-individu yang ingin turut serta dalam menyampaikan sumbangan seperti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini. Semoga dengan sumbangan bantuan tersebut, sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka yang amat memerlukan dalam meneruskan kelangsungan hidup khususnya berhadapan dengan situasi pendemik Covid-19. Kerajaan Negeri Melaka YAB DS Sulaiman Md Ali Melaka Hari Ini #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #JasinBandarBahagia #MPJPrihatinDiHatiku


 

Comments

Popular Posts