Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah menyertai Kempen Premis Makanan Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2021 yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT. Penganjuran kempen ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan premis makanan medan selera terpilih kepada gred B ke atas. Bagi kawasan pentadbiran MPJ, Medan Selera Merlimau Point telah terpilih sebagai calon untuk menyertai kempen ini dan MPJ telah mengambil langkah proaktif menyahut cabaran kempen tersebut dengan menganjurkan aktiviti gotong royong pada bulan Mac lalu & pengredan setiap premis yang ada di Medan Selera Merlimau Point. Di samping itu, MPJ turut mengedarkan risalah amalan pengendali makanan dan perangkap LILATI kepada pemilik premis di Medan Selera Merlimau Point. MPJ juga menyeru pemilik-pemilik premis makanan yang lain agar sama-sama menjaga kebersihan premis dan pengendali-pengendali makanan yang terlibat di samping pematuhan SOP #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #PrihatinRakyatDaruratMemerangiCovid19 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia




 

Comments

Popular Posts