⚠️⚠️⚠️PEMAKLUMAN & HEBAHAN AWAM⚠️⚠️⚠️ Penyalahgunaan dadah menjadi isu besar di negara kita. Umum tahu kesannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku. Lebih memeritkan penyalahgunaan dadah ini menyebabkan pelakunya ketagihan dan membuatkan mereka bergantung hidup kepada dadah. Masyarakat juga harus sedar gejala penyalahgunaan dan penagihan dadah boleh berlaku dalam kalangan orang terdekat dan rapat. Kadangkala disebabkan perasaan malu dan takut untuk berhadapan kecaman dan masyarakat, bantuan sepatutnya diberikan kepada penagih dadah ini seperti menghantar mereka ke pusat pemulihan, diabaikan. Oleh itu, usaha membanteras gejala penyalahgunaan dadah memerlukan bantuan setiap individu. Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan tindakan yang sepatutnya dilakukan bagi sesuatu keadaan, ia boleh disalurkan kepada pihak berwajib seperti polis ataupun agensi bertanggungjawab untuk membanteras penyalahgunaan dadah iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Semoga segala usaha yang kita dilakukan mampu mengatasi gejala penyalahgunaan dadah seterusnya menjadikan Malaysia negara yang bebas dadah demi kemakmuran bersama. #DadahMusuhNegara #MPJPrihatinDiHatiku



 

Comments

Popular Posts