Skip to main content
ELAK MENJADI INDIVIDU YANG MENYAMBUNG RANTAIAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI DALAM KOMUNITI Seperti yang terus ditekankan oleh KKM, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat mempunyai dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Standard Operasi (SOP) serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan Kerajaan. Ini amat penting kerana ianya dapat membantu memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di dalam negara. Tidak kira sesiapa pun, janganlah gara-gara kita seorang yang tidak mengikuti SOP, ahli keluarga, rakan dan lain-lain individu turut sama mengikuti teladan buruk ini dan mengakibatkan diri kita atau mereka terdedah dengan bahaya dijangkiti virus COVID-19.
Comments
Post a Comment